|

Tempat-tempat Sejarah Mekah &
Madinah |
|

 |
MASJID NABAWI
Masjid ini merupakan salah satu
masjid yang paling utama bagi umat
islam setelah Masjid al-Haram di
Makkah dan Masjid al-Aqsa di
Jerusalem. Masjed Nabawi telah
dibangunkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
pada tahun 622 Masihi. Di sinilah
letaknya makam Rasulullah s.a.w dan
para sahabatnya. Keutamaannya
dinyatakan oleh Rasulullah
s.a.w.’Solat di masjidku ini lebih
baik daripada seribu solat di masjid
yang lain,kecuali di Masjid al-Haram.’
Beliau juga bersabda, ‘siapa yang
mengerjakan solat di masjidku 40
kali solat fardhu,tidak kurang satu
solat pun,maka ia terbebas dari
neraka,bebas daripada azab dan bebas
daripada kemunafikan.’ Sabda baginda
lagi, ‘jangan bersusah payah akan
perjalanan,kecuali ke tiga
masjid,Masjid al-Haram,masjidku ini
dan Masjid al-Aqsa.
Berdasarkan hadis-hadis
tersebut,Masjid Nabawi yang terletak
di Kota Madinah selalu dikunjungi
oleh umat Islam yang melaksanakan
ibadah haji atau ibadaj umrah
sebagai amalan sunat. |
|
|
|


 |
MASJID QUBA
Masjid Quba(atau Masjid al-Quba’)
ialah masjid pertama yang dibina
oleh orang Islam dan merupakan
antara masjid tertua di Arab Saudi.
Masjid ini diasaskan oleh Nabi
Muhammad s.a.w semasa baginda dalam
perjalanan berhijrah dari Makkah ke
Madinah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh
sahabat Rasulullah. Rasulullah s.a.w
menghabiskan masa selama 20
malam(selepas hijrah) menunaikan
solat fardhu dan solat sunat. Pada
ketika itula,inilah satu-satunya
masjid yang ada untuk baginda s.a.w
beribadah kepada Allah s.w.t.
Berdasarkan fakta
pembinaannya,masjid ini telah
disebut oleh Alah s.w.t di dalam
Al-Quran(surah al-Taubah ayat 108
dan 109) sebagai masjid yang
dibangunkan di atas Taqwa. Semasa
dalam perjalanan berhijrah ke
Madinah,Rasulullah s.a.w telah
singgah di Quba selama 4 hari.
Baginda tidak akan tinggal di
satu-satu tempat itu,kecuali dengan
mendirikan masjid. Atas dasar itulah
maka masjid Quba telah dibangunkan
atas dasar Taqwa baginda kepada
Allah s.w.t. Semasa hayatnya,Nabi
Muhammad s.a.w kerap mengunjungi
Masjid Quba dan menunaikan solat
sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a
‘sesungguhnya Rasulullah s.a.w
pernah berkunjung ke Masjid Quba
dengan menunggang binatang
tunggangan dan juga berjalan kaki.
Telah diceritakan bahawa Nabi
Muhammad s.a.w menziarahi Masjid
Quba pada setiap hari sabtu dengan
menaiki tunggangannya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w lagi:
‘sesiapa yang bersuci (mengambil
wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke
Masjid Quba lalu mendirikan solat di
dalamnya,ganjaran pahalanya samalah
dengan pahala orang-orang yang
mengerjakan ibadah Umrah.
|

 |
MASJID QIBLATAIN
Masjid Qiblatain terletak di sebelah
barat daya Madinah. Pada awalnya
masjid ini dikenali sebagai Masjid
Bani Salamah. Pada permulaan
Islam,orang melakukan solat dengan
menghadap kiblat kea rah Bait al-Maqdis
di Jerusalem. Pada tahun ke dua
Hijrah bulan Rejab,sewaktu
Rasulullah s.a.w sedang bersolat
zohor di Masjid Bani Salamah
ini,tiba-tiba turunlah wahyu surah
al-Baqarah ayat 144.
Dalam solat zohor tersebut pada
mulanya Rasulullah s.a.w menghadap
kea rah Masjid al-Aqsa tetapi
setelah turun ayat tersebut,beliau
menghentikan sementara,kemudian
meneruskan solat dengan menghadap ke
Masjid al-Haram. Dengan terjadinya
peristiwa tersebut maka akhirnya
masjid ini diberi nama Masjid
Qiblatain yang bererti Majid Dua
Kiblat. Oleh itu,masjid ini mempu
menampung 2000 orang jemaah yang
hendak menunaikan solat.
|
|
|
|

 |
JABAL UHUD
Jabal Uhud adalah nama sebuah bukit
terbesar di Madinah. Letaknya lebih
kurang 5km dari pusat Kota
Madinah,berada di punggir jalan lama
Madinah-Makkah. Jabal Uhud adalah
sekelompok gunung yang ada di Kota
Madinah dan tidak bersambungan
dengan gunung-gunung yang lain di
mana pada umumnya gunung-gunung di
Madinah ini adalah sambung
menyambung,kerana itulah disebut
Jabal Uhud yang bererti gunung
menyendiri.
Di Jabal Uhud ini juga terjadinya
Perang Uhud yang berlaku pada tahun
ketiga Hijrah antara Islam dengan
tentera kafir Quraisy. Jabal Uhud
telah menjadi saksi kepada satu
peperangan yang tidak kurang
pentingnya dari Badar al-Kubra,bahkan
Uhud telah menjadi saksi tumpahnya
darah 70 orang syuhada’. Dengan
peristiwa Uhud,Allah menganugerahkan
pahala kesabaran bagi Junjungan
s.a.w. dan umatnya. Kekalahan
tentera Islam ditangan orang-orang
musyrik bukanlah ukuran kejeyaan
hakiki di akhirat nanti. Hakikatnya
di medan Uhud,umat Islam tidak kalah.
Islam terus berkembang di Madinah. |
|
|
|

 |
HIRA
Nabi Muhammah s.a.w dilahirkan di
tengah-tengah masyarakat jahiliah.
Keadaan ini sungguh menyedihkan
hatinya sehingga baginda kerap ke
Gua Hira yang terletak di atas
bukit yang dikenali sebagai Jabal An
Nur di Mekah. Pada suatu
malam,ketika baginda sedang
bertakafur di Gua Hira,Malaikat
Jibrail datang menemui Baginda s.a.w.
Kedatangan Jibrail benar-benar
mengejutkan baginda. Jibrail a.s
kemudiannya menyampaikan wahyu Allah
di telinganya.
Ini merupakan wahyu pertama yang
diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu baginda baru sahaja
berusia 40 tahun. Wahyu itu
diturunkan kepada baginda dari
semasa dalam jangka masa 23 tahun.
Siri wahyu ini telah diturunkan
menurut panduan yang diberikan
Rasulullah s.a.w dan dikumpulkan
dalam buku bernama Mashaf yang juga
dinamakan Al-Quran.
|
|
|
|

 |
KAABAH
Kaabah,yabg merupakan kiblat bagi
orang Islam terletak di Masjid al-Haram
di Makkah.Ia merupakan bangunan yang
harus dikunjungi oleh setiap orang
Islam yang mengerjakan haji dan
umrah. Pembinaan pertama kaabah
dilakukan oleh Nabi Adam a.s Allah
s.w.t menyatakan dalam Al-Quran,Kaabah
merupakan rumah Allah yang pertama
dibina. Selepas itu,Nabi Ibrahim a.s
dan Nabi Ismail a.s membina semula
Kaabah.
Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh
Nabi Ibrahim a.s. adalah seperti
berikut: ‘dinding Timur adakah 48
kaki dan 6 inci’ Dinding Hitam
adalah 33 kaki’ Dinding antara Hajar
Aswad dan sudut Yamani adalah 30
kaki’ Dinding Barat adalah 46.5
kaki. Selepas satu banjir
kilat,Kaabah mengalami kerosakan dan
dindingnya retak. Ia
perlu dibina semula. Tugas ini
dibahagikan antara antara empat
puak Quraisy. Nabi Muhammad s.a.w
turut membantu dalam usaha pembinaan
semula ini. Peristiwa ini
berlaku sebelum baginda diangkat
menjadi Rasul.
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
|
|